Introduction

IronMan ditubuhkan sejak tahun 2009 di sekitar Kuala Lumpur oleh lima pemuzik yang berkongsi minat yang sama dalam memainkan muzik aliran berat. Di awal penubuhannya, IronMan bergiat cergas dalam banyak acara “Battle of the Bands” dan sering melayakkan diri ke peringkat akhir. Dari situ nama IronMan mula dikenali dikalangan pemuzik dan peminat muzik rock / metal tempatan.

Dianggotai oleh Shahril (vokal), Deadzid (gitar), Pyan (gitar), Yusman (bass) dan Alend (drum), mereka telah mengadakan banyak persembahan live di sekitar Lembah Kelang yang dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti HELP Institute, Taylor’s College, MPSJ, dan DBKL. IronMan juga berpeluang mendapat khidmat Tam Spider selaku mentor band ketika memasuki pertandingan “Raja Band 2015” anjuran DBKL.

https://www.youtube.com/watch?v=m4ysEg3aZjI

Pengalaman

Sebagai band residen dalam kelab rasmi peminat Metallica Malaysia – Malaysian Magnetic #449, IronMan pernah dipilih untuk mewakili Malaysia sebagai deligasi ke Indonesia bagi membuat persembahan di Jakarta di bawah anjuran kelab And Indonesia For All (AIFA) – salah satu kelab peminat Metallica di Indonesia.

Persembahan mereka telah mendapat reaksi positif dari penonton pada malam itu dan sekali gus membantu menaikkan nama IronMan dalam scene muzik tempatan. Mereka juga terlibat dalam persembahan yang unggul di dalam negara seperti Metallicarnival 2017 (anjuran Malaysian Magnetic) dan Rock Day Fest 2018 (anjuran Mamat Khalid)

Perubahan Line-Up

Setelah lebih 10 tahun bersama, IronMan masih bergiat aktif dalam scene muzik genre berat. Namun pada tahun 2019, Alend (drummer) telah mengambil keputusan untuk menarik diri atas faktor peribadi. Maka hanya tinggal mereka berempat sahaja untuk meneruskan perjalanan muzik IronMan.

Walaubagaimana pun, pengunduran Alend dari band ini tidak mematahkan semangat IronMan untuk terus berkarya. IronMan menggunakan khidmat rakan-rakan pemuzik lain sebagai session drummer.

temporary cd cover

Konsep Muzik

Walaupun dipengaruhi oleh band luar negara seperti Metallica, Sepultura, Killswitch Engage, Creed dan sebagainya, namun mereka menghasilkan lagu-lagu dengan lirik Bahasa Melayu. Lagu-lagu mereka lebih cenderung ke arah kehidupan, kerohanian, realiti dunia, sifat manusia, dan macam-macam lagi.

Setakat ini sudah ada lima (5) lagu yang telah lengkap sepenuhnya, dan terdapat beberapa lagi lagu baharu yang masih dalam proses penulisan. Perancangan terkini adalah untuk menghasilkan sebuah EP yang memuatkan 5 lagu sebagai rilisan pertama mereka.

Decade of Musical Journey

BARISAN AHLI MUZIK

Shahril @ Awie IronMan Band

Shahril

Vocalist

Sering disalah anggap sebagai Awie Wings, vokalis yang tak berapa hensem tetapi manis ini merupakan front-man kepada IronMan. Sering menjaga keterampilan untuk sentiasa kelihatan segak dan kacak. Selain hobi mendengar muzik, beliau juga gemar bermain badminton untuk mengisi masa lapang.
Deadzid Kidal

Deadzid

Guitarist

Gitaris kidal dari Shah Alam ini pernah / masih menganggotai beberapa band underground seperti Crimson Fall, Hidden Silence, Black Days, Non-Serviam, dan Vociferation Eternity. Tiada rekod jenayah lampau. Tidak suka makanan seafood, lebih gemar memakan makanan berunsur ayam. Gitar kesayangan adalah ESP E-II Horizon 3.
Yusman

Yusman

Bassist

Pernah menganggotai banyak band ternama seperti Skyjuice, Kobra, dan kini masih dengan Giegiel, bassist kelahiran Nismilan ini merupakan pengasas utama IronMan. Dihormati penduduk kampung dan sentiasa menjadi tempat rujukan jawatankuasa penduduk setempat. Sering kali bertukar-tukar bass tapi kini lebih serasi dengan Yamaha TRB.
Pyan Kidal

Pyan

Guitarist

Mulut manis dan sentiasa menghormati orang tua, gitaris kidal kelahiran Kelantan ini menjadi kegilaan ramai peminat. Merupakan seorang askar pencen dan disenangi semua rakan-rakan. Walaupun memegang status OKU, namun tidak menghalangnya untuk terus bermain muzik. Gitar yang selalu digunakan ialah ESP Standard Eclipse.